Friday, April 29, 2011

Renungan Jumaat : Who next..???

Salam hari Jumaat u'ols....
Hari Jumaat sudah tiba,tibalah masa esok sampai hari isnin kita bercuti kan...Jangan buat-buat tak taw ok,ari isnin cuti sempena 'LABOUR DAY'.Dapat jugak berehat-rehat 3 hari kat rumah kan...U'ols pernah dengar x lagu yang satu ketika dulu famous bak goreng pisang panas,even budak-budak pon taw nyanyi lagu tuh macam cendawan lepas hujan.Setiap kali lagu tuh keluar dalam tv jek,confirm kuatkan volume pastuh nyanyi same-same coz dah siap subtitle kat situ kan...lagu 'YOUR MOTHER'



Jom kite nyanyi sesama sambil menghayati maksud tersirat dan tersurat dalan bait-bait lirik lagu kat bawah ni...Kite semua perlu dahulukan ibu kita..bak lirik tersebut, ''Who next?Your mother...Who next?Your mother  and then your father ''..Which means kita kena dahulukan ibu and lepas tu baru ayah..Tapi lebih elok rasenya tak berat sebelah kot..Saya sayang dua-dua...Tanpa ibu ngan ayah,siapalah kita pada hari ni kan..



Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.


Terima kasih emak diatas segalanya.Lagu nyh describe ape yang sepatutnyer...ok,Entry yang seterusnya nanti kita akan bincankan lebih mengenai ini okk,Tunggu taw my dear readers...HAAAAA kepada lelaki-lelaki diluar sana,korang pandai-pandai lah bawak diri ke masjid and tunaikan sembahyang jumaat ya..Banyak pahala and ilmu yang korang akan dapat nanti...Renung-renungkan dan selamat beramal...







Terima kasih kerana membaca...   =)

Thursday, April 28, 2011

Supplements,ubat dan dot dot dot..

Hye u'ols...
Hope korang sume ok and sihat2 belaka yaw...
Sekarang nyh da ade macam-macam penyakit kan + barang tiruan.Even telur ayam pon ade telur ayam tiruan,Dasyat betul lah sape-sape yang genius cipta telur ayam tiruan tuh...if nak beli telur ayam make sure original ok...tak pun,korang ternak lah ayam kat blakang umah,pastuh tunggu ayam tu bertelur,then amek lah telur tuh...Segar dari ladang okkkaayy..



opsss,jauh nye melalut minah nyh kan,padehal tajuk entry supplement...Ade kne mengena ker dengan telur ayam tiruan pulak nyh?????Jaangan konpius okkay,saje-saje selingan jek tuh,tak salah saling ingat-mengingati kan...

ikhsan encek google


Keadaan kesihatan fieyza makin tak stabil kebelakangan nyh,sejak entry nyh sampai lah sekarang...Elok nyer sekejap jek tu pon time tidur,memang lah elok kan coz x sedar pape,hu3...Sekarang pulak kne pakai specky,padehal da lame beli tapi tersimpan jek lah dalam beg,jadi perhiasan...Bila da mula rase pening2 and d'tambah mata yang kabur2 jek macam cermin kete time kena kabus,ape lagi...mencari lah spec mata ibarat wiper cermin kereta.Da pakai spec baru rase clear.Terase seksa sekejap,x suka lah nak pakai spec nyh,rase de something jek....Macam alien pon ade jugak...Korang layan kan ajelah imaginasi aku nyh yer...



Disebabkan itu,aku menyahut seruan mak aku supaya makan supplement ataw bahase melayunya makanan tambahan.Actually aku ZERO lah pasal supplement ke vitamin kew or yang sewaktu dengannya...if korang tau berkenaan yang berikut sila-silalah inform and explain yaw..Gerenti i sayang you lebih punyer...



Fakta berkenaan diri aku adalah,aku penakut makan ubat,hu3....Jangan gelak please,if rase nak gelak pon,juz gelak dalam hati jek okayy..Satu family aq taw masalah aku yang 1 nyh dan sumber-sumber aku mengatakan,jiran-jiran berdekatan umah aku pon da taw masalah aku nyh,kantoiii la pulak...Tapi tak pelah,da memang kenyataan pon.Actually aku pon tak tau nape aku takut + liat sangat nak makan ubat..Ditambah kalau dapat ubat yang saiz agak besar dari biasa,lagi lah aku tak kan telan ubat tu..Aku paling x suke pil-pil yang besar gedabak macam train,mak pulak tengok jek aku x kelip-kelip mata,haaaa takut aku cekelat lah tuh.Nak tak nak kena pegi dapur,capai sudu and cawan pastu hancurkan pil tuh,tambah air sikit n then telan...Pahit gila wa cakap sama lu (Jangan tiru aksi tersebut)..



Kalau dapat ubat jenis kapsul,seksa nya nak makan tuhan jek yang taw...nak tak nak kena telan jugak lah.Tapi sebelum nak telan tu,kena pikir dlu nak letak posisi ubat tuh macam mana supaya senang nak telan...Macam kena paksa makan racun pulakkkan...Adik-adik sume mesti tak takut makan ubat kan...Akak tau tu...Dulu-dulu kalau mak x tengok aku makan ubat,confirm aku p dapur pastu berpura-pura wat-wat makan ubat and then aku campak ubat tuh nun jauh kat belakang umah..Teruk betul perangai aku yang satu nyh...Agak-agak nye mak aku taw ker erk???



Ubat yang jenis cair pulak so far ok lah...Tak de lah seteruk pil and kapsul...If nak minum ubat tuh,aku akan make sure cawan terisi dengan air yang penuh,satu jug pon x perrr,pas telan jek ubat cair tuh,terus minum air dengan rakusnyer,macam kat padang pasir sampai lah rase ubat tuh hilang...Kecik-kecik dulu da start makan ubat scoot emulsion. Ade dua perisa and colour kan,aku slalu makan perisa orange...Korang pernah makan tak???Perisa ape eyh??Aku makan scoot emulsion tuh sampai tekak andd badan aku da tak boleyh terima dah...Time mak suap jek ubat tuh,secara automatic aku akan temuntah balik,sampai kena marah-marah lah,nak buat macam mane kan,saya da memang begitu...




scottt emulsion zaman kanak2 ribena



Dalam banyak-banyak penyakit,time sakit kepala lah aku paling tak takut makan ubat,yang lain jangan harap lah aku akan makan macam halilintar.Sebab kalu sakit kepala,sakit dia x boleyh nak describe macam mane,sampai nak bangun pon tak boleyh,2 jek lah penyakit yang aku berani makan ubat,Korang pulak macam mane???


Kongsi kan la pengalaman korang pasal ubat ataupun ape-ape je pasal korang punya ketakutan....wehuuuu~tak salah saling berkongsi,jangan berkongsi bf or suami sudah lah yew..^^






terima kasih kerana membaca =)

Friday, April 22, 2011

Renungan Jumaat :Tangungjawab anak kepada ibu bapanya

22/04/2011 (Jumaat)
Salam Jumaat u'ols.....
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari,so kite banyak2 kan lah untuk beribadat dan beramal soleh.Tidak semestinya untuk 1 hari saja,hari-hari kita kena beringat,perbanyakkan amalan untuk bekalan d'masa akan datang,terutamanya hari Kiamat.Sesungguhnya kita takut dan sentiasa lah beringat pada hari kiamat...

Renungan Jumaat tersentuh mengenai 'Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapanya'..U'ols mesti pernah tengok cerita SI TANGGANG bukan...Mintak-mintak kita dijauhkan daripada sitanggang yang disumpah ibunya menjadi batu akibat tidak mengaku ibu nya sendiri..U'ols kena ingat ibu mengandung kan kita 9 bulan lamanya dan bertarung nyawa untuk melahirkan kita tanpa menghiraukan nyawa nya sendiri..Syurga itu terletak diwah tapak kaki ibu...

Sabda Rasulullah saw.

"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"

Begitulah besar dan mulianya kita taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan mendatangkan pahala yang besar dan bahkan kita juga mendapat pelbagai ganjaran anatra lain:

1.Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amalan yang amat disukai Allah swt, yanag menyamai pahala jihad di jalan allah.

2. Memuliakan kedua ibubapa menjadi jamina dan syarat bagi kita memasuki syurga.

3. Memuliakan kedu ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.

4. memulikan kedua ibubapa menghasilkan keredhaan llah swt.

5. memulikana kedua ibubapa menambahkan umur yanh berkat dan memberkatkan harta dan rezeki.

6. Memuliakan kedua ibubapa akan menyebabkan kita peroleh anak-anak yang soleh dan tahu berbakti kepada kita..

Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecii."

Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikaku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!

Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".

Pengajarannya:

1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)

7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.

Menghormat kedua ibubapa sesuai engan jasa serta pengorbanan mereka melahir dan mendidikn kita sehingga kapat menikmati hidup di dunia walaupun sementara dan kemudian nya akan dapat hidup semula di akhirat dengan balasan syurga jika kita mentaati perintah-perintah yang disyariatkan kepada kita. Sifat kasih sayanga terhadap kita merupakan sifat semula jadi yang ditanamkan oleh Allah swt di dalam jiwa mereka. Di atas pengorbanan ynag besar mereka lakuikan, maka sebab itulah kita diwajibkan supaya berbuat baik terhadap mereka.

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":

1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, maka Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"

(Hadis ini memberi maksud supaya kita sentiasa berusaha menyukakan hati kedua ibubapa kita dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau berkecil hati disebabkan perbuatan yang dilakukan terhadapnya. Kerana seperti hadis Nabi di atas, terang sekali bahawa Allah swt sentiasa gembira dan murka di samping kegembiraan dan kemarahan orang tua kita.)

Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.

5. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"

6. "Orang yang paling tinggi haknya kepada anak ialah ibu"

7. " Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".


''RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL''





http://tazkirahawam.blogspot.com

Wednesday, April 13, 2011

Low Blood Pressure

hye u'ols...
Sudahkah anda semua membuat ujian tekanan darah..???Apa keputusan nya..?Adakah keputusan tekanan darah anda kurang daripada 90mmHg (diastolik)???Adakah anda juga sering mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Cepat rasa haus even kerap minum air?
  • Mata rase berkunang-kunang/blur?
  • pernafasan cepat tapi pendek?
  • cepat rase pening?
  • rasa nak muntah/loya?
  • Cepat rasa penat?
  • etc...


Welcome to da club u'ols,kerana anda sebahagian daripada penghidap 'Low Blood Pressure @ tekanan darah rendah'.Tekanan darah rendah atau hipotensi adelah satu keadaan dimana tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg. Nilai normal tekanan darah seseorang dengan usia tidak terlalu tua, ukuran tinggi badan, berat badan dan kesihatan yang normal adalah 120/80 mmHg. Angka 120 menunjukkan tekanan darah sistolik dan 80 disebut tekanan darah diastolik.haaaa...jangan panic ok.kite bole solve elok2... Itu semua tanda-tanda awal bagi penghidap tekanan darah rendah.Actually ade beberapa faktor yang boleh tentukan membantu seseorang tu terkena tekanan darah rendah ni..
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi


Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet,kalau da taw anda de low blood pressure,janganlah diet over sangat ok,kne jage kesihatan jugak. Golongan tersebut juga jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Low Blood Pressure juga boleh d'sebabkan oleh:

1   Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.
  
 
Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


3 Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.


5  Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.


6  Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.


7  Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

8 Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.


Senarai ubat-ubatan yang boleh mengakibatkan tekanan darah rendah:
  •   Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
  •      Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
  •     Beta-blockers (ubat darah tinggi)
  •     Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
  •   Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
  •  Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)



Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah

1  Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

2  Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.


Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

1 Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

2  Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.




 u'ols kena tahu penyebab low blood pressure yang kat bawah ni okkayy:


  1. Dehidrasi-jangan kurang minum air,atleast minum 8 gelas besar sehari
  2. Pengambilan ubat 'high blood pressure' atau penggunaan diuretik berlebihan
  3. Mengalami anemia,infeksi berat,gangguan jantung and etc...
  4. jangan terlalu lama berjemur bawah matahari
  5. terlalu lama berbaring
  6. usia makin tua
  7. kehamilan

Tips untuk anda:
  • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangun dari duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
  •  Jangan berdiri terlalu lama 
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan. 
  • AWAS pengambilan ALCOHOL
  • Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
  •  Bersenam lah sekurang-kurang 2 atau 3 kali seminngu.

Ilmu untuk dikongsi bersama


Asimtomatik kronik ia boleh dikatakan sebagai keadaan normal pada org yang berkaitan. Biasanya tidak berlaku sebarang gejala dan tidak perlu rawatan

Neurally Mediated Hypotension (NMH) Kerana berdiri terlalu lama, anda mungkin merasa pening, merasa hampir pengsan atau sakit perut. Juga boleh terjadi kerana seorang menghadapi keadaan yang menakutkan, menyebalkan atau tidak selesa. Ia biasanya dialami kanak2 remaja

Hipotensi Berat Menyebabkan otak, ginjal dan organ utama lain tidak cukup mendapat darah sehingga tidak boleh berfungsi secara optimum. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor secara segera. Infeksi, luka terbakar yang parah, berlaku alergi atau alahan.



Gossip-Gossip untuk anda:
  • Betul kah orang yang menghidap low blood pressure ni kena ambil coffee sekali-sekala??
  • Kena makan durian ker??
  • Kena minum air isotonik yer??
  • Kena makan bayam merah banyak-banyak???
Sila beri pandangan dan pendapat anda,bersamalah kita berkongsi ilmu pengetahuan...;)






Hasil rujukan:
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php?topic=688.0
http://site.100percentnutrisyen.com/main/1065/index.asp?pageid=68783&AccId=4465

    Tuesday, April 12, 2011

    PJJ @ Pengajian Jarak Jauh

    Hye u'ols...
    Rindu sangat ngan alam study 'mood'...Rindu nak timba ilmu bergunung-gunung,rindu nak jumpa kawan-kawan kat campus,rindu jugak nak bergossip-opsss,ini bukan real points okkayyy... ;) ..Sebenarnye jeles tengok kawan-kawan da dapat study..If korang follow belog nyh dari awal.Mesti korang taw kan yang aq dlu dapat offer further study tapi terpaksa aq reject atas sebab-sebab tertentu...


    Rombongan CikKiah ke Putrajaya...(DBM Class)


    Bagi korang-korang yang da bekerja dan mempunyai kewangan serta position yang bagus mesti rase sayang gile nak resign and sambung blaja kan...Yela,duit dah berkepuk-kepuk dalam poket kan.Jangan risau wahai kawan-kawanku...Ade another option korang leyh further study even berkerja...Ape lagi bersama-sama lah kita study sambil bekerja,ayat yang lebih clear lagi adalah PJJ@PENGAJIAN JARAK JAUH..(Clear x???masih x clear???okkayy,Fieyza bole bantu korang)








    Actually ,PJJ nyh kite bole belajar,dapat Diploma,Degree,Master or PHd sambil bekeja ok...Maknenye,sambil bekerja kite juga belajar... Class kne attend pon bukannye hari-hari ok,depends dengan tempat yang korang apply tuh..Macam Open University,staff dye cakap once per month jek.Walaupun once per month,korang x bole bersenang lenang tengok buku sebulan sekali jugak ok..Kena lah rajin-rajin jugak...Contoh:If tengah bekerja,kerja pulak x de...Ape yang korang perlu buat adalah..1st:pandang kiri kanan dulu,tengok bos kat  mana.if line clear,ape lagi keluarkan buku or wat Quiz On9 kat portal student korang...(Jangan tiru okkayy)



     Zaman-zaman study...Class Accounting kot kalau x silap.



    Advantage Pjj nyh bagi aq,fees korang x perlu la nak  apply loan...Baru bape sangat nak bayar yuran if compare ngan loan yang korang apply tuh.Kebaikannye,if korang dah grad dari Pjj nyh,korang masih lagi boleh bersenang-senang tanpa memeningkan kepala tok bayar balik loan setiap bulan kan..Ala kalau korang apply loan tu pon nanti abiz tok beli motor la,latest handphone and etc,x bebaloi-baloi pon kan..(pikir baik-baik sebelum wat keputusan).Harus diingat,fees berbeza bagi setiap institusi,selalunya fees yang tertera tuh belum deduct credit tranfer if korang nak apply credit tranfer lah..




    Duration belajar agak lame if nak compare ngan Full-time study,tapi x dela lame sangat.Beza 1 tahun jek kot based on ape yang korang apply and study.So jangan lah takut sangat..



    Ni ade link if korang berminat nak sambung study in PJJ mood,bak kate pepatah'bersusah-susah dahulu,bersenang-senag kemudian'.Harus di'ingatkan juga,even dah berjaya,hendaklah menuntut ilmu lagi..jangan mudah berhenti,kerana ilmu itu tiada akhiran...(Bole le ganti A.Samad Said pasnyh,weeehuuuuuuuu~)


    • UTM                       Kelik saye..
    • UPM                         Tekan ler..





    Setakat nyh jew,link PJJ yang aq taw,If nak kongsi maklumat jangan segan-segan untuk berkongsi ngan kite yawww.Diharap juga if ade kesilapan teknikal yang x disengajakan dalam informasi ini,sorry ok..segala maklumat juga diharapkan dapat membantu u'ols...








    p/s:jom kite further study ramai-ramai,rindu lah nak konvo lagi,collect munge manyak-manyak.Kalau u'ols setuju,sila angkat tangan macam saye (usop wilcha punye trademark okk).Saya da apply,ANDA BILA LAGI..???? (@_@)

    Tuesday, April 5, 2011

    Maharajalawak... (@_@)




    Bersemak sudah blog aku nih,tak de mase nak meng'hupdet eyh...
    sekarang tibe lah mase otak aq bekerja keras dan tangan berhempas pulas tok menaip[ayat ape nyh,tapi bule le ye nak faham]...


    Maharajalawak,memang lawak pon.Peserta lawak pulak semua bole tahan lawak nye,ada di antara mereka ini juga pernah menjadi juara dan finalis Raja Lawak sebelum ini,And yang penting,Nabil pon ade join sekali tu,orang N.Sembilan boleh punyoo..Den sokong ko Nabil..[Tetibe semangat anak jati waghieh lak datang haa,sapo nak jawab sile put your hands in d'air]


    Jangan lupe,tengok maharajalawak nyh setiap hari Sabtu di Astro Channel


    Pelawak-pelawak yang join maharajalawak....memang lawak ;)


    if korang nak taw,pemenang maharajalawak nyh nanti bole beli umah CASH okay pakai duit yang dorang menang taw...Banyak jugak,untung lah if menang,so dorang kena lah wat lawak yang betul-betul lawak,bukannya lawak spastik ataw lawak yang lucah okay...And lagi satu,x yah lah wat lawak yang menjatuhkan air muka orang lain,t naya jek kena saman,sapa maw jawab nanti,hangpa jugak yang susah naa...
    • Pemenang/Juara Maharajalawak : RM300,000.00
    • Naib Juara Marajalawak            : RM200,000.00
    • Tempat Ketiga Maharajalawak  : RM100,000.00

    Lumayan sungguh kan hadiah nye tuh,jeles sugguh makcik if dapat adiah BESAR tuh...


    Jom scroll kebawah lagi untuk tau PESERTA PILIHAN aq dalam Maharajalawak nyh okay...caps lock tuh tok menjelaskan lagi naa...






    Kumpulan Balas nyh best,tapi dorang asek melawak menggunakan double meaning lah...Memang lah orang gelak,terutama budak-budak muda kan...Den confirm punyo lah korang golakkan..Yang aku suke pasal Kumpulan Balas nyh bile dorang melawak menggunakan loghat Penang dorang tuh.Aq rase macam unik jek,lagipon dorang nyh agak kreatif,persembahan pon tak berapa nak menghampakan penonton juz double meaning dorang tu jek yang kene kurangkan sikit...Anyway gud luck to Kumpulan Balas okay.





    Jihan lah peserta tunggal wanita Maharajalawak,aq x bape nak taw pasal jihan nyh,Korang rajin-rajin lah menggunakan Encek Google yew tok Search.. ;) ...Saje letak as peserta pilihan coz kami kan perempuan,so kene lah bagi support juga..





    Si bujang Sepah...Opsss,not allbujang hokay,t marah lak CT Sarah tuh...Aq pon suke Sepah,dorang slalu wat lawak Spontan and bersahaja...Chaiyok2 Sepak...I luv Silalitamplom tuh[betol ke aq eja nyh???]






    Jozan in da Club yaw....Hu3...Jozan nyh aq rase bakal menjadi pemenang Maharajalawak..Tapi lawak dorang last week ntah hape2 ntah...Kurang lawak lah..Anyway aq hope this week dorang akan bagi lebih lawak lah..





    Peserta pilihan terakhir aq tok Maharajalawak nyh x lain x bukan Nabil ler...Den kono bagi support gak kat waghieh nyh..Bukan pilih kasih tapi kito kono dulukan waghieh,bia N,sembilan banggo dongan anak nogoghi yo...ok cukup ler aq meloghat nyh haa,karang dilayan,sampai luso pon x abih-abih laei..






    p/s :Pasnyh jom ler kite same-same meng'vote  dorang nyh menggunakan kuase veto ditangan kite...Ape lagi,sila lah topup banyak2 dan vote NABIL...Orang N.Sembilan tu poet... ;)