Wednesday, April 13, 2011

Low Blood Pressure

hye u'ols...
Sudahkah anda semua membuat ujian tekanan darah..???Apa keputusan nya..?Adakah keputusan tekanan darah anda kurang daripada 90mmHg (diastolik)???Adakah anda juga sering mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Cepat rasa haus even kerap minum air?
  • Mata rase berkunang-kunang/blur?
  • pernafasan cepat tapi pendek?
  • cepat rase pening?
  • rasa nak muntah/loya?
  • Cepat rasa penat?
  • etc...


Welcome to da club u'ols,kerana anda sebahagian daripada penghidap 'Low Blood Pressure @ tekanan darah rendah'.Tekanan darah rendah atau hipotensi adelah satu keadaan dimana tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg. Nilai normal tekanan darah seseorang dengan usia tidak terlalu tua, ukuran tinggi badan, berat badan dan kesihatan yang normal adalah 120/80 mmHg. Angka 120 menunjukkan tekanan darah sistolik dan 80 disebut tekanan darah diastolik.haaaa...jangan panic ok.kite bole solve elok2... Itu semua tanda-tanda awal bagi penghidap tekanan darah rendah.Actually ade beberapa faktor yang boleh tentukan membantu seseorang tu terkena tekanan darah rendah ni..
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi


Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet,kalau da taw anda de low blood pressure,janganlah diet over sangat ok,kne jage kesihatan jugak. Golongan tersebut juga jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Low Blood Pressure juga boleh d'sebabkan oleh:

1   Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.
  
 
Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


3 Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.


Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.


5  Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.


6  Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.


7  Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

8 Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.


Senarai ubat-ubatan yang boleh mengakibatkan tekanan darah rendah:
  •   Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
  •      Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
  •     Beta-blockers (ubat darah tinggi)
  •     Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
  •   Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
  •  Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)



Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah

1  Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

2  Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.


Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

1 Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

2  Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.




 u'ols kena tahu penyebab low blood pressure yang kat bawah ni okkayy:


  1. Dehidrasi-jangan kurang minum air,atleast minum 8 gelas besar sehari
  2. Pengambilan ubat 'high blood pressure' atau penggunaan diuretik berlebihan
  3. Mengalami anemia,infeksi berat,gangguan jantung and etc...
  4. jangan terlalu lama berjemur bawah matahari
  5. terlalu lama berbaring
  6. usia makin tua
  7. kehamilan

Tips untuk anda:
  • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangun dari duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
  •  Jangan berdiri terlalu lama 
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan. 
  • AWAS pengambilan ALCOHOL
  • Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
  •  Bersenam lah sekurang-kurang 2 atau 3 kali seminngu.

Ilmu untuk dikongsi bersama


Asimtomatik kronik ia boleh dikatakan sebagai keadaan normal pada org yang berkaitan. Biasanya tidak berlaku sebarang gejala dan tidak perlu rawatan

Neurally Mediated Hypotension (NMH) Kerana berdiri terlalu lama, anda mungkin merasa pening, merasa hampir pengsan atau sakit perut. Juga boleh terjadi kerana seorang menghadapi keadaan yang menakutkan, menyebalkan atau tidak selesa. Ia biasanya dialami kanak2 remaja

Hipotensi Berat Menyebabkan otak, ginjal dan organ utama lain tidak cukup mendapat darah sehingga tidak boleh berfungsi secara optimum. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor secara segera. Infeksi, luka terbakar yang parah, berlaku alergi atau alahan.



Gossip-Gossip untuk anda:
  • Betul kah orang yang menghidap low blood pressure ni kena ambil coffee sekali-sekala??
  • Kena makan durian ker??
  • Kena minum air isotonik yer??
  • Kena makan bayam merah banyak-banyak???
Sila beri pandangan dan pendapat anda,bersamalah kita berkongsi ilmu pengetahuan...;)






Hasil rujukan:
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php?topic=688.0
http://site.100percentnutrisyen.com/main/1065/index.asp?pageid=68783&AccId=4465

    No comments:

    Post a Comment