Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday





Thursday, June 23, 2011

Doktor tak bertauliah...

Pagi ni semua baik-baik aje,x de yang special pon...Owhhhh,lupe pulak..Kesian kat MEA coz demam terkejut tapi x taw ape yang buat dia terkejut...Agak pelik bin ajaib...pagi ni pon MEA still pergi kerja ngan mata merah and pakai baju sampai 5 lapis...Sejuk kata nye...Yelah,layankan aje,dah dia demam....


Malam tadi mata MEA merah sangat,rase dahi panas,so aq dengan baik hati pergi lah tolong tuam kan dahinya,bagi sejuk + kurangkan panas nya...Jadilah doktor tak bertauliah...Masa kecik-kecik dulu,if demam,mak akan petik daun bunga raya kat depan rumah,pastu ramas daun tu sampai keluar lendirnya...and lendir tuh sapu kat dahi dan kulit kepala...bagi panas dalam badan turun...cuba lah korang terai petua nyh if demam..Insyaallah boleyh membantu dalan mengurangkan padan badan.




Kalau dah ada tanda-tanda yang korang demam,haruslah:
  • Minum air dengan banyak,bagi kurangkan panas badan
  • Makan benda yang senang dihadam seperti sup ataw bubur,jangan korang melantak chicken cop pulak
  • Mandi air suam okkay
  • selimut tebal-tebal,bagi peluh banyak keluar..betol kew???
  • Makan panadol dengan sukatan yang betol,pastikan label yang ORI dari Kementerian Kesihatan

 
Macammana nak ukur suhu badan...???
  • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
  • Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
  • Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
  • Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
  • Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
  • Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.


Kalau dah agak-agak suhu badan dah rase panas yang melampau,rajin-rajinlah berjumpa doktor walaupon anda penakot gilerr nak pergi klinik even berjumpe doktor...Kalau anda dikategorikan sebagai penakot jumpa doktor maka anda semua boleh lah 1 group dengan saya...weee wee~ ;)


Sebaik-baiknya berjumpalah dengan doktor,kalau demam nyh masti pakage sekali dengan selsema and batuk bukan...paling pantang betol kalau demam + selsema..seksa nya,lagi-lagi nak tidur,hidung tersumbat bagai...





Terima kasih kerana membaca.... ;)

Wednesday, June 22, 2011

Pundi kencing anda bocor?




Pernah tak,korang rase yang pundi kencing korang macam bocor???rase loser sangat-sangat coz asek ulang alik buang air kat tandas...Tertarik nak berkongsi artikel tentang masalah pundi kencing nyh bila terkenangkan BUSU ARA kat kampung...Busu ara nyh,adik kepada atuk aku...yang anak nya tak ambil peduli langsung,x nak pon dorang jaga ibunya...Busu ara nyh sakit..so diatas rasa tanggungjawab,atuk aq pon membela lah busu ara nyh ,kalau tak silap lepas dya sakit sampai lah sekarang...

Jangan pernah rasa bosan baca artikel kat bawah ni okkay..untuk kebaikan dan ilmu yang kita kongsi bersama...;)


Satu daripada empat wanita di Malaysia berumur 35 tahun ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah. Perkara ini bukan saja menyebabkan wanita enggan terbabit dalam kegiatan masyarakat, malah tidak mahu keluar rumah kerana malu. Bahkan jika mahu ke mana-mana, mereka pastikan tempat bakal dikunjungi ada tandas awam yang bersih.

Masalah inkontinens menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal kebocoran air kencing dan sering mengalami desakan memuncak untuk pergi ke tandas, kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Seri Suniza Sufian.

Meskipun ia biasanya berlaku pada orang berumur, kajian menunjukkan 10 hingga 30 peratus masalah ini dilaporkan dialami wanita dalam lingkungan usia 15 hingga 64 tahun.

Kajian ke atas 11 negara di Asia mendapati, kadar kelaziman masalah pundi kencing lemah di kalangan wanita dua kali lebih tinggi berbanding lelaki.

Di Malaysia, soal selidik berasingan yang dijalankan di beberapa hospital mendapati, 30 hingga 40 peratus pesakit wanita mengalami masalah inkontinens iaitu Hospital Kuala Lumpur (33 peratus), Hospital Pulau Pinang (47 peratus) dan Pusat Kesihatan Hulu Terengganu (31 peratus).

Malah, soal selidik rambang ke atas 250 wanita berumur 45 tahun ke atas mendapati, 42 peratus mengakui alami masalah ini.

Apabila masalah ini berlaku, ramai wanita kurang minum air dan mengelak mengambil makanan mengandungi banyak air. Mereka berpendapat, dengan kurang minum air, masalah ini berkurang. Bagaimanapun, ia tidak menyelesaikan masalah ini, sebaliknya menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat.

Air kencing pekat yang berwarna oren menandakan badan kita mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Ia bukan petanda baik kerana kekurangan air menjejaskan fungsi organ dalam badan.

Ia juga menyebabkan pelbagai masalah lain kerana kita berasa cepat letih, mengantuk, sukar memberi tumpuan dan kurang bermaya.

Keadaan inkontinens terjadi apabila wujud masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Ia boleh berlaku kerana otot lantai pelvik menjadi lemah (umumnya disebabkan kelahiran anak) dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar.

Kelemahan otot lantai pelvis mungkin juga disebabkan faktor kesihatan, obesiti, sembelit, kesan sampingan pelbagai ubat-ubatan dan menopaus.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 150 hingga 200 mililiter.

Desakan buang air kecil meningkat (normal) apabila isi pundi kencing bertambah kepada 250 hingga 300 mililiter dan apabila ia mencapai 500 mililiter, pundi kencing perlu dikosongkan segera.

Proses pembuangan air kencing membabitkan dua peringkat; iaitu pengisian dan penyimpanan air kencing dan peringkat kedua ialah pengosongan pundi kencing.

Ketika pembuangan air kencing, otot yang ‘memegang’ pundi (dipanggil otot sphincter) dalam keadaan rehat, manakala otot pundi kencing pula mengecut supaya air kencing boleh ditolak keluar memasuki salur kencing (uretra).

Untuk betul-betul mengosongkan pundi kencing, otot pundi dan spinchter perlu bertindak serentak. Kegagalan pada mana-mana bahagian, sama ada pada pundi, otot spinchter atau saraf, menyebabkan masalah ini.

Bagi orang yang ada masalah lemah pundi kencing, kebocoran boleh berlaku pada bila-bila masa walaupun pundi kencing tidak penuh.

Punca

Dr Seri Suniza berkata, beberapa perkara boleh merangsang masalah inkontinens iaitu:

# Otot pundi kencing terlalu aktif

# Otot pelvik (yang menyokong pundi kencing, rahim dan rektum) lemah

# Gangguan sistem saraf

Punca kelemahan pundi kencing boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Punca jangka pendek termasuk:

# Jangkitan saluran kencing (sangat lazim)

# Jangkitan atau keradangan vagina

# Sembelit

# Kehamilan dan melahirkan anak

Manakala punca jangka panjang:

# Selepas menopaus (akibat perubahan hormon)

# Berlaku perubahan akibat penuaan

# Pernah menjalani pembedahan atau kecederaan pelvik

# Menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, strok, Alzheimer atau Parkinson

# Kecacatan sejak lahir

Masalah inkontinens bukan saja memalukan, tetapi membuatkan seseorang berasa rendah diri, tidak selesa, tertekan dan murung, malah menjadi isu penting dalam aspek kebersihan, terutama bagi wanita beragama Islam untuk beribadat.

Ia juga mampu memberi kesan psikologi lebih besar kepada wanita sehingga ada yang perlu mengubah gaya hidup dan mengelak terbabit dalam kegiatan sosial kerana bimbang dan malu jika masalah mereka diketahui.

Ramai wanita dalam kajian global tidak membincangkan masalah mereka dengan orang lain, termasuk suami, kerana ia dianggap memalukan dan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan.

Namun, ia tidak harus menjadi penghalang untuk menjalani kehidupan sebaik dan seaktif seperti orang lain kerana banyak kaedah boleh membantu mengatasi masalah ini.

“Masalah ini boleh menjejaskan kualiti hidup dan membuatkan seseorang itu berasa tertekan. Aktiviti menjadi terhad dan ke mana saja mereka pergi, mereka perlu tahu kedudukan tandas. Mereka juga keberatan bercampur dengan masyarakat kerana malu masalah itu diketahui dan bimbang jika ‘berbau’.

“Oleh kerana pundi kencing dan vagina terletak berdekatan, masalah ini turut memberi kesan terhadap hubungan seks. Ada wanita mengadu suami menolak untuk bersama. Malah, ada yang terpaksa merelakan suami mencari wanita lain.

“Pada masa sama, inkontinens boleh menyebabkan wanita mengalami banyak masalah lain seperti jangkitan, ruam, gatal, tidak selesa dan kadangkala sakit kerana kawasan berkenaan sentiasa lembab,” katanya.

Jenis

Inkontinens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

# Tekanan — Pelepasan beberapa titik air kencing sewaktu pergerakan fizikal (batuk, bersin, bersenam)

# Desakan — Pelepasan air kencing pada kadar yang banyak di luar jangkaan, termasuk sewaktu tidur

# Pundi kencing terlalu aktif — Kerap dan tidak dapat menahan air kencing, sama ada dengan atau tanpa kawalan

# Batasan fungsi — Kencing yang tidak teratur disebabkan kecacatan fizikal, halangan luaran atau masalah pemikiran atau berkomunikasi yang menghalang seseorang dari sampai ke tandas

# Melimpah — Pelepasan kecil air kencing di luar jangkaan kerana pundi kencing penuh

# Gabungan — Biasanya berlaku disebabkan tekanan dan kegagalan mengawal kencing

# Tidak tetap — Pelepasan yang berlaku secara sementara (disebabkan jangkitan, pengambilan ubatan yang baru, demam dan batuk)

Kumpulan berisiko

Menurut Dr Seri Suniza, antara kumpulan yang berisiko mengalami masalah ini ialah:

# Wanita

# Melahirkan anak, terutama jika proses bersalin mengambil masa lama, bayi dilahirkan besar atau kerap bersalin

# Obesiti

Rawatan

Meskipun inkontinens bukan penyakit, ia perlu dirawat kerana ia gejala akibat masalah kesihatan lain. Bagaimanapun, hanya satu pertiga datang mendapatkan rawatan kerana 50 peratus mendakwa masalah itu tidak menjejaskan hidup mereka, 30 peratus berkata boleh bertahan dengan keadaan itu dan tiga peratus lagi mengakui berasa terganggu.

Antara alasan diberi ialah ramai berpendapat ia adalah masalah kecil, berasa tidak perlu mendapatkan rawatan kerana ia bukan penyakit, malu, mahu mencuba kaedah rawatan alternatif terlebih dulu, menganggapnya sebahagian daripada proses penuaan atau tidak tahu di mana hendak mendapatkan rawatan.

Kata Dr Seri Suniza, kaedah rawatan awal ialah mengubah gaya hidup iaitu:

# Jaga pemakanan — Kurangkan berat badan jika anda gemuk

# Kurangkan pemakaian korset (kerana ia akan menekan lantai pelvik ke bawah)

# Pakai baju longgar

# Elak pengambilan sesetengah jenis ubat dan minuman mengandungi kafein (ia bersifat diuretik yang merangsang pembuangan air kecil)

# Kurangkan aktiviti fizikal hinggalah masalah dapat dikawal

“Buat diari buang air kecil bagi membolehkan doktor meneliti masalah anda. Dalam diari ini catatkan berapa banyak air anda minum, jenis minuman, berapa kerap anda buang air kecil dan berapa banyak air kencing anda. Jangan tahan kencing terlalu lama, jadikan amalan untuk pergi ke tandas setiap dua hingga tiga jam,” katanya.

Anda juga boleh belajar untuk melakukan senaman menguatkan lantai pelvik dan otot pada pundi kencing iaitu senaman Kegel atau kemut. Walaupun ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, 60 peratus wanita melakukan senaman ini dengan cara betul dan 30 peratus pula mengakibatkan keadaan lantai pelvik menjadi lebih buruk.

Pakar Fisioterapi Pusat Perubatan Prince Court, Neng Shahidah Sabullah, menggariskan cara yang betul untuk melakukan senaman ini iaitu bernafas seperti biasa ketika anda ‘mengecutkan’ otot. Tarik nafas dan ‘kecutkan’ otot faraj ketika anda menghembuskan nafas dan bernafas seperti biasa. Jika anda menahan nafas, ia menekan lantai pelvik ke bawah.

“Senaman ini sama seperti ketika kita menahan kencing. Ia boleh dilakukan di atas katil (sebaik bangun daripada tidur), sambil duduk atau ketika anda berdiri. Sebaik-baiknya buat 10 hingga 20 kali kali bagi satu sesi senaman dan ulang dua kali sehari atau seberapa kerap yang anda mahu. Bagi wanita yang melahirkan anak, sebaik-baiknya buat empat sesi setiap hari.

“Jika sudah bersenam dan melakukan perubahan gaya hidup tetapi masih berlaku masalah kebocoran, segera berjumpa doktor,” katanya.



So.kalau korang rase pundi kencing dah macam bocor jew,cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor.Jangan segan-segan ok..Terutama bila umur anda semua dah meningkat..if x nak jumpe doktor,kena lah anda membeli stock pampers dengan banyak...bukan pampers untuk baby tuh okkay...
Terima kasih kerana membaca... ;)
 
 
 
 
 
sumber : http://www.selatanonline.net/v1/

Tuesday, June 21, 2011

Bersama-samalah kita menjadi tamak haloba......



Apa akan jadi pada kita kalau hasrat tamak bermaharaja lela dalam diri kita...Semua benda kita nak...Lepastuh mula lah nak migraine 24/7 kan...Jika diberi pilihan boleyh pilih 1 antara 1000,bole makan berhari-hari nak buat pilihan yang tepat + ia nya sangat memeningkan...Bila difikirkan balik macam mana lah tugas seorang Perdana Menteri dalam mentadbir negara...Kena buat keputusan yang x boleyh salah sama sekali...Kalau tak,conpom lah negara tuh bankrupt..ingat company jek boleyh bankrupt kew..


Benda nyh pon terjadi jugak kat aq,tapi aq bukan tamak dalam 1000 benda or even 10 pon tidak juga...ada 2 pilihan dan aq harus memilih 1 pilihan yang paling tepat bagi merubah kehidupan aq pada masa akan datang...Dua pilihan nyh berlainan kategori..so i have to think pro and con...Susah nye weyh...Dua pilihan nyh sama-sama ada kepentingan yang tersendiri..mempunyai banyak kelebihan..and mempunyai juga sama keburukan..So ianya balance antara dua ni..



Dah,tak payah nak peningkan kepala korang dalam memikirkan masalah aq nyh...cukup sekadar korang baca and beri pendapat yang membina pada aq..so dengan cara tuh,aq bole la taw pendapat dari orang lain..Benda and pilihan yang aq maksud kan adalah,aq harus memilih antara KERJAYA dan juga ILMU..Dua -dua main peranan dalam kehidupan aq actually,even korang pon sama bukan..So,let me story about it....



Masalah dalam ILMU:
Actually memang aq dah nekad untuk further study,coz aq da banyak sangat buang masa...Dlu study kat MMU cuma 7hari jek stay kat sana,coz jiwa aq x de kat sana...Nak buat PJJ pulak,takot x sempat nak study,siang kerja,malam nak study plk...If kena ngan time exam,mati lah aq...conpom mata aq jadi mata panda + duration untuk PJJ dalam 4 tahun...owhhh,lambat tahap gaban la aq nak kawen kalo macam tuh....Wahhhh,fiza da gatal sangat ke kau nak kawen nyh... tsk tsk tsk...Kebetulan pulak,dapat offer blajar dari tempat lame aq study dulu,so bincang-bincang ngan family,dorang galakkkan aq study...ok,dapat green light terus...so aq pon dengan x yah fikir pape terus nekad ,further study....

Dan Seterusnya.......

Cek e-mail....

Mimik muka terus berubah..


Aq dah di short listed untuk 2nd interview dengan company XYZ nyh....arghhhhh,sudahhhhhhhh...masalah dah datang pulak.....Dah lah company XYZ nyh view resume aq sampai 7 kali,pastu kna jawab soklan exam lagi...lepastuh baru dapat 1st intrview...kalo bertuah dapat lah 2nd interview....ya,aq memang bertuah coz aq dapat 2nd interview tuh...Memang aq taw yang aq baru nak pergi 2nd interview and bukannya dah dapat kerja tuh...tapi yang aq takot,kalau lah aq dapat kerja tu nanti macammana...ape yang harus aq pilih..???nak dapat kat company XYZ tuh bukan senang...if dah dapat memang sayang giler lah... tambahan pula banyak advantage dari situ...Memang peluang ni yang aku harap-harapkan datang pada aq...tapi kenapa baru datang disaat aq nekad untuk futher study....(ayat aq x boleyh bla....jiwang kowt)


So itulah masalah dan pilihan yang harus aq buat disaat aq betul-betul memerlukan kudua-duanya sekali dalam kehidupan aq....what should i do..???macam mana pula dengan korang if berada ditempat aq sekarang nyh...


owh....aq tamak kew????


Keadaan yang membuatkan aq menjadi tamak....;)





tiba-tiba rasa rindu pulak nak grade lagi...dapat scroll riben kuning tuh,pakai jubah besar and topi ade tali tu...Rindu juga nak dapat bunga tanda tahniah,rindu nak tangkap gambar banyak-banyak dengan kawan-kawan...Sesungguhnya aq rindu saat-saat kita belajar dan menimba ilmu sama-sama... Semoga kita berjumpa lagi kawan-kawan..










Terima kasih kerana membaca..... ;)

Wednesday, June 15, 2011

Kucar Kacir

mood sekarang : tak ada  mood

Kepala pening,jiwa kacau bilau,serabut bukan main lagi...x yah cerita....nak tggu budak design name card pon bukan main lame...adoiii,aq nak by next week jugak...pening untuk mencari web designer lagi..portfolio dorang kena yang strong sikit,kena taw full spec tentang web design...klo time kerja,dorang x taw buat...kami x dapat nak tolong.x de sape yang taw buat web design dalam opis nyh,harap maklum...


Sorry lah aq da macam biskut chipsmore dah nyh,kejap ada,kejap x der..kekangan kerja yang melanda sekarang nyh...opssss,silappp..kekangan termenung yang melampau okkay...buka belog pon,sekadar tengok kosong jew...time nak tulis belog tetiba pulak otak dah jadi sangat tepu..tulah termenung terlebyh sesangat...


ok lah,ape lagi nak tulis nyh,cepat2 kasi idea...



Terima kasih kerana membaca.. ;)

Wednesday, June 1, 2011

Tragedi tepi tasik...



Malam semalam,punyalah excited giler,masak-masak lepas abiz cite Nora Elena...After masak packing-packing barang sume pastu bergerak lah ke Taman Jaya,sebelah Amcorpmall...ingatkan boleyh lah berkelah macam tepi pantai,sambil makan sambil menghirup udara segar di tengah-tengah malam.tp x de la lewat sangat,lebih kurang dalam pukul 9malam jew.Tukar selera pulak,asyik makan kat umah/or kedai jek kan,so apa kata ubah selera dengan makan d'tepi tasik@kolam.Kitorang pon bergerak lah naik motor jew,coz menjimatkan minyak kereta ditambah pula d'sebabkan malaz nak redah jam jugak...


Cerita pon bermula.....


Adelah kereta BMW niyh memecut dari arah belakang motor sampai meter dye nak terkeluar agaknya sebelum sampai traffic light depan amcorpmall tuh,ala sebelah bangunan TNB tu..Kalao anda tak taw,cuba terai tengok kat google maps..Kitorang pon ape lagi,sampai pandang kete tuh kat belakang macam tak pernah tengok kereta..Ok,get ready...Lampu merah akan bertukar Colour hijau...


BMW tuh pon memecut sehabiz daya bila lampu dah bertukar colour hijau...Aq rase macam BMW tuh kena kejar dengan Along Bukit Beruntong kot..Aq dengan excited nyer tengok lah kereta tuh ngan MEA sampai lah kitorang telanggar lubang yang agak dalam...


Tragedi pon bermula lah,apabila motor tuh hilang kawalan d'sebabkan lubang yang kurang asam jawa betol tuh...Apelagi tayar motor pancit lah...Motor dah terhuyung hayang dah kat tengah-tengah jalan tuh...Nasib baik tak banyak kereta and d'tambah kereta laju time tuh...Kalau tak,tak boleyh nak kata apa lah...Confirm kitorang masuk hospital malam tadi..Thanks lah kat MEA coz kawal motor dengan baik time tayar pancit tuh,kalau MEA gelabah dah tentu-tentu kitorang kemana and motor kemana.........

Insiden berlaku betol-betol terjadi diantara tasik jaya and Amcorpmall...Kitorang juz kena u-turn jek nak ke Tasik jaya tuh kalau motor x pancit...Xpelah,yang penting selamat and tak der kejadian yang tak diingini berlaku kan...Kitorang facing 2nd problem pulak untuk betolkan tayar motor yang pancit tuh...Tengok jam dah pukul 9.30 malam,kedai motor pon dah tutup...Terai call membe-membe suruh pick-up kitorang kat situ...Nasib baik lah membe MEA baik hati nak ambil kitorang...Sambil tunggu membe nye,kitorang pon layan lah bekal yang dah bawak dari rumah tuh sampai member nya datang.... Janji dapat makan tepi tasik even sekejap,makan pon kena lah express...itupon dah cukup berpuas hati.. ;)..Next time pon bole buat lagi


After short conversation dengan member MEA,kitorang pon balik lah rumah dengan menaiki motor member MEA...Motor yang pancit pulak,member MEA bawa ke opis...Nasib baik lah opis Mea x jauh sangat dari tempat kejadian tuh..Kalau jauh,ponek lah den lak nolak motor tuh...


Tu jek lah kot yang aq nak sampaikan...aq dah macam buat karangan sekolah pon ade jugak nyh...Conclusion tok cerita nyh 'Berhati-hati dijalan raya,tukar tayar kepada tubeless'...

Renung-renungkan dan selamat beramal...








Terima kasih kerana membaca....;)